Selamat Tahun Baru 2007. New year, new hope, new target , new kids, hehehehe. Bila sebut kids ni yg maleh ni. Lusa dah sek. Sok last day berhappy n goyang kaki makan tido kat uma. Cam ne pun tak leh goyang kaki jer. Pagi td helper call kata gas kat kelas dah abis. Sib baik dia p tgk kelas . kalo tetiba lusa masa dia nak masak tetiba abis gas lagi naya. Dgn karenah budak baru yg tak tau camner rupanyer.
Apa yg aku nampak skang ni kelas aku cam jadi tempat cikgu2 melepak lak. Ni yang aku tak suka. Masa cuti sek ari tu memandangkan cikgu2 ramai yg dtg sek n bawa anak2 dia. Terus jer port anak dorang kat kelas aku. Mentang2 nampak anak ustazah ada dok kat kelas aku. Masalahnya dgn anak ustaah tu jenis makan saman nyer budak. Bila ditegur terus tak wat lagi. Ni masalah nyer anak2 cikgu2 lain . tak bagi kang kata kita ni kedekut. Bila bagi aku n my helper yg parah nak kemas balik. Kitorang nak wat keje pun payah.hmmmmmm next year ada 8 org anak cikgu kat kelas aku. Pening pala helper aku. Mana tak nyer sure dorang stayback sampai mak dorang abis keje. Hope semua tu dgr kata. My helper takut kalo aku p kuar kursus. Coz Selama ni kalo aku p kuar kursus budak2 tu more degil n tak dgr kata. That means garang gak aku eh…hehehhee aku ada dorang dgr kata. Kang nak marah lebih2 ada mak yg tak terima. Last week bila my helper suarkan rasa hati dia kat opis, lum apa2 ada bakal parents student aku dah tinggi suara. Tu lum masuk kelas lagi tu…. Ntah la. Ramai org kata ngajar budak kecik ni senang. Tp bila aku suh relift kejap tak mo lak. Ramai gak yg tolak ngajar budak2 tahap 1 (darjah 1-3). Ye la tak tau mende.
Cuti baru ni sempat la borak dgn sorang akak tu. Dia citer ramai yg mengajar tahun1 nak ngajar budak besar lak. Nak rehat jap. Dorang kata penat ngajar tahun 1 ni. Ye la buku rekod, fail semua nak kjena isi. Pastu dgr citer dpd 7 kelas ada 3 kelas yg budak tak kenal huruf lagi masa buat ujian pengesanan… padahal majority p tadika tu. Nak salahkan siapa eh..
Cth just like 3 of my kids la last year nyer batch. Huruf langsung tak kenal. Puas ajar. Siap asingkan dorang coz senang aku nak ajar. Konon leh concentrate la Ehhh tak dapat2 gak. Bila aku drill tulis abc sok tak datang sek dah. Bila bgtau parents..’ala cikgu abang kakak dia pun kat kelas pemulijan’… nak jer aku sound ‘…akak bangga ker anak akak masuk kelas pemulihan?’….
Masa cuti sekolah hari tu my helper tolong opis n cikgu2 bahagian kebajikan cek nama murid yang dapat bantuan KWAMP. Yg khas untuk budak2 miskin (kononnyerla). … bila bila parets datang…mak aikhhh gelang tangan emas berlapis2. lum tgk lagi gelang kaki. Semenjak aku ngajar kat tempt aku ngajar ni. Byk la aku tgk parents yg berbohong semata2 nak anak mereka dapat bantuan. Tak kira la buku teks ke, RMT( makan), KWAMP ke, baucer tusyen ke... maksud aku dorang bohong tentang slip gaji. Datang merayu kata tak mampu.... pas dapat tgk hari2 anto anak p sek naik WIRA.... miskin harta ke tu... bila tanya anak kete sapa tu? Kete ayah. Budak tak pandai bohong. Wpun budak skang dah pandai berbohong (parents ajar) bila kita tanya secara spontan kenkadang dorang terlepas cakap gak. Lam borang kata ibu surirumahtangga sepenuh masa. Rupa nye keje kat pejabat... kenapa eh sanggup menipu? Bagi pendapat aku ler ... sekiranya dapat bantuan pun, tu bukan hak mereka sebenarnya. Kerana mungkin ada lagi mereka yg kurang mampu tp tak dpt sebab golongan manusia yg menipu dah kebas dulu.....
Cam lam keje gak. Kenkadang aku terpikir gak... ada org working hrs dia 8-5 then rehat 1-2 tp bila kuar rehat dpd 12-2.30 baru masuk. Kalo pikir balik dah kira makan gaji buta la tu. Kat sek aku ada sorang kerani tu . skang ni dah sakit2 kaki. Dia tu dtg kul 6.30 tp lam kul 1.30 dah balik. Padahal kalo kira working hrs dia tak cukup lagi n tak leh balik lagi even dia tak amek masa rehat. Ramai kerani yg bising tp dorang tak leh kata apa. Bila tegur dia dok nangis kata org dengki dia. Tp pikir la sket. Bila aku citer kat my dad, my dad kata tu wat keje cam tu gaji yg dia dapat tu tak berkat.... tu pasal bila sakit susah nak baik2. suh pencen awal tak mau. Bukannya org susah. Rumah sewa melambak. Duit gak yg dikejar. Kalo jalan nyer betul tak per gak. Keje dia keranni lain yg cover.mau tak bengang member. Ye la dah jalan tak kuat so dok jer kat opis jaga tepon. Dunia ohh dunia.
Sebut dunia tetiba lak tingat kg yg kena banjir. My nenek, makciks, pakciks wpun kena pindah tp dorang tk pindah ke pusat pemindahan coz ibu rumah tinggi just dapur jer masuk air . itu pu takat lutut. My pakcikss tak bg dorang semua dok kat tmpt pemindahan. Bukan apa , byk mende yg tak elok berlaku. My nenek dah dipindahkan kat uma pakcik yg kat pekan(tak kena banjir). Yg muda2 stay kat kg. Time makan baru p tmpt pemindahan. Almaklumler my pakcik tukang masak kat pusat pemindahan tu. Kata my pakcik yg jd imam kg tu byk maksiat leh berlaku. Kalo tak pandai jaga2 leh terikut sama. Lagipun lum desperate sgt sampai kena tido kat pusat pemindahan. Bg kat dorang yg uma yang tenggelam semuanya. Since my datuk idup lg, mmg tak penah dia bagi anak cucu dia dok kat pusat pemindahan. Dia rela anak anak cucu dia p rumah lama dia yg quite jauh gak siap sewa bot enjin tuh nak pindah. Alasan dia anak2 yg kecik tak bebas nak main, yg anak dara n bujang tak bercampurgaul. Yg mak2 tak gaduh2. ye la kalo dah tido pun berselerak. Just wat sempadan berdasarkan tikar or tilam. Pikir2 je la.
Kalo tgk kat tv. Yg muda2 cam sonok lak bila tiba musim banjir. Mana tak nyer. Mana yg spesis tergedik2 tu siap angkat seluar hahh sampai pangkal paha. Yg anak muda2 lak tak kan nak tup mata jer kut...wayang free maaaa.hehehehe
Monday, January 01, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata org lain:
Post a Comment