Sunday, October 21, 2012

bz..bz..bz

bzzzzzzzzzz... bulan oktober bulan yg paling bz dpd bulan2 lain sampai la ke cuti sekolah. cam tahun2 sebelumnya gak, time2 cenggini la semua kursus/bengkel nak diadakan. semua kejar masa n nak abiskan bajet tahunan... bz..bz.. pun sempat lak aku update blog. hari biasa x la plak.

pg jumaat dapat call  dr kpm minta  hadir bengkel mgu dpn.Dgn rasa serba salah terpaksa menolak coz baru jer lek bebengkel. Nak break kejap lg pun bos kata nanti kena kuar lak. beriya dapat menolak bengkel ni tup tup tengahari b4 bali kerani bgtau ' kak, ada surat akak kena kuar berkursus'. Dush... pening jap pala. kursus 29hb-31hb. so dapat la ada kat sek 3 hari mgu dpn ni. kamis dah cuti raya. kalo x mau bulan sep ni baper hari jer kat sek. dah la selsema n batuk2 silih berganti. dok lak lam bilik beraircond. cam ner la nak cepat baik. tu yg minta break kejap. tetiba bangun tido teringat la plak yg hari selasa ada rombingan buadk2 di bawah program zakat. si comel 2 org turut serta . sepatutnya 3 org tp sorang tu x dapat ikut. aduh... kurang lg sehari kat sek. dah la jamuan akhir tahun lum buat konon nak join sekali bday party yg dah baper kali tertangguh. My PPM pun mengeluh. setiap kali akhir tahun aku asyik kuar jer. nak wat cam ner. SAYA YG MENURUT PERINTAH. tu seb bek ada tolak ansur. kalo x susah nak nampak muka kat sek. cikgu2 lain pun dah paham.

jumaat petang ada meeting daerah plak. ada keje nak kena submit b4 hujung bulan. waduh.... keje yg ada pun bertangguh. ikutkan weekend ni my sek buat family day. huarghhhhh x dapat join. byk mende nak kena settle. semalam p kedai komputer. lappy kesayang merajuk . konon nak betul kan tp org kedai tu kata x yah betulkan , li baru jer. x bebaloi.  motherboard rosak.  lg pun dah 5 tahun pakai.  mmg ada dah yg baru tp segala file lum sempat dipindahkan. pas digodek2 harddisk masih ok then dikeluarkan jadilah external harddisk. bayar duit casing jer rm25. selamat duit. tu pun dah burn rm65 li charger baru coz ingatkan tu yg rosak.haish...  hari ni pulun sediakan worksheet tuk sepanjang hari aku x der kang. jgn nak harap ada relif la... semua org tgh bz...

Thursday, October 18, 2012

sesaja jer

yeah.. lagi beberapa minggu je lagi sesi persekolahan. maknanyer minggu2 bz dengan tugas2 yang belum selesai. semua nak dikejar. tu lum campur lagi kalau kena gi bengkel, kursus ker or meeting? seb bek lah bilanan hari berkursus/bengkel dan cukup... beh 7 hari .. rasanya setiap tahun cukup dan biasanya terlebih. sejak akhir2 ni dah asyik berbengkel jer. dah x  der kursus2 lagi. last year pun dapat sekali jer. sok pun aa meeting lagi.

hmmmm ... ada budak2 aku yg masih x kenal huruf dengan lancar... aduhai... x tau nak wat cam ner dah. kang lebih2, x datang plak esoknya. hmmm ... mak ayah serah sepenuhnya kat sekolah jer... ada gak budak aku yg masa masuk dulu zero tp skang dia yg laju baca. cam ner tuh.

skang ni tgh bersemangat semula nak wat worksheet tuk budak2. bila ada semangat ni kena la concentrate abis sebelum angin malas sampai... kalu angin malas dah sampai satu benda pun x siap.

semalam tolong sorang cikgu bina blog. salah satu assigment yg kena buat. pening pala jap coz aku pun dah lama x berblogging so pelik lak tgk dashboard dah bertukar rupa. terkial2 jap. terasa diri begitu beruntung sebab masa zaman aku study dunia alam maya ni baru nak mengembang kat Mesia nih. so aku ada banyak masa nak explore macam2. yer la dulu zaman aku bina homepage skang ni blog la plak. blog lg senang dan lg cantik dpd homepage. kalo dah keje dah kurang masa nak explore benda2 baru. masa zaman student dulu cam byk je masa free. member plak ramai yg terer bab komputer n internet. so mudah la nak belajar benda2 canggih manggih ni. tingat dulu masa mula2 aku kenal komputr. rasa takut jer benda ni meletup ker apa ker.. skang benda ni la dah jd penting dalam hidup aku. kalau x der rasa cam patah kaki jer. ni pun lappy kesayangan dah merajuk. x mau hidup . power supply rosak kot. coz bila pakai bateri ok jer. tp bila bateri da abis x leh nak cas la plak... seb bek awal tahun hari tu dah li lappy baru. standby apa2 berlaku. tu pun masih ada maklumat yg lum diselamatkan dpd lappy lama. huaaarghhhhh.... worksheet terbaru aku smu lam lappy tu. lupa nak simpan copy lam pendrive uhuhuhuhuh....