Sunday, December 25, 2011

cuti dan aktiviti

hmmm... sekejapnyer 2011 dah berlalu... 2012 menjelang tiba... seminggu jer lagi. waduh.... kerja2 ku untuk persediaan tahun depan lum selesai sepenuhnya. RPT yang nak guna utk tahun depan baru sekerat jalan... lum yg lain2 lg. alhamdulilah cuti ujung tahun ni kembali aktif dgn kelas selepas 2 tahun terabai.. harap bantuan PPM jer sebelum ni... badan sihat otak kembali cergas :-)

minggu lepas dah start meeting peringkat daerah. ni bagusnya kalo dapat pegawai pompuan. sistematik jadinya... tp terasa la byk keje (bg yg malas2 ) 2 hari berbengkel semua guru perlu submit 9 folder (softcopy jer) kpd peg PPD. dari jadual hingga lah RPT . seb bek aku dah start buat sket2 sepanjang cuti ni so x kalut la. masa ni la nak berkenalan dgn muka2 baru... dah 2 tahun kurang aktiviti so kurang meeting dan seterusnya kurang la kenal dgn cikgu2 baru . bg guru2 baru yg berat mulut tu pandai2 korang la cari sumber... ringan2 kan la mulut tu bertanya kat cikgu2 lama apa2 yg patut. jgn dok tersorok jer masa meeting. jgn la bg alasan x tau apa bila disoal nanti... so far ketua2 zon yg dilantik punsemuanya jenis aktif ... ada maklumat baru dah inform anak buah (tu pun kalo bg no hp terkini)

minggu lepas cleaner bersihkan kelas... tolong bersihkan kipas n tingkap yg dah berkarat. sawang2 terpaksa bersihkan sendiri. problemnya siling tinggi sangat. x der tangga panjang. x kan nak berebut dgn cleaner la plak kan. nak gantung hiasan baru. nak tampal apa2 yg dah tertanggal....hmmmm terbantut lagi la keje aku.

kad bacaan utk tahun dpn half way siap coz laminating film dah habis. kena tunggu stok baru. tahun ni PPM byk dok kat kelas. x larat nak naik opis dah coz dah berdua.... uhuhuhu bulan 4 ni kalo x dapat yg kontrak parah la jawabnyer...