Wednesday, November 22, 2006

resepi

ntah naper tetiba jari ni gatal je cari web resepi. then terjumpa lah resepi kek batik. hmmm lama dah aku tak wat kek batik sampai lupa bahan2 nyer. cari punya cari sampai jumpa byk version. laaa tak tau nak ikut yg mana satu coz tak tau yg mana satu paling sedap untuk dibuat n ditelan... ingat nak campur semua laaaa... tgk la kalo rajin petang ni buat..

kek batik1
Bahan :

1 butter apa-apa brand pun boleh.
2 packet biskut Marie jenis biasa
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko + 1 cawan milo + 1 sudu teh nescafe + 1 cawan air panas
1 cawan nestum

Cara :
1. Patahkan biskut kepada 2.
2. Buka tin kedua-dua jenis susu.
3. Panaskan kuali dan masukkan butter.
4. Kacau, biar butter cair tetapi bukan berminyak ye.
5. Masukkan campuran koko milo, susu pekat dan susu cair. Kacau rata. Masukkan nestum.
6. Bila mendidih, masukkan biskut. Kacau rata dan tutup api.
7. Masukkan dalam tin kek dan tekan dengan senduk biar rata.
8. Sejukkan. Simpan dalam fridge lagi elok.** dapat sebuah kek yang besar.


Kek batik 2
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
biskut marie yg telah dipatah dua
1 buku mentega
1 tin susu pekat
1 paket kecil milo
1 botol kecik serbuk koko
sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak
sedikit kismis

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali.
Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.
Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata.
Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.
Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.
Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.



Kek batik 2

Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 packet milo (packet yg plg kecil)
1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

kek batik4
Bahan-bahan ( untuk 3 loaf tin )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 suduteh serbuk kopi
1 cawan air panas
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat (bukan susu cair)
250g mentega
1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
1 1/2 cawan nestum

Cara-cara
Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar.
Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu.
Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

1 kata org lain:

ryu_hana said...

dah siap, tepek la gambar ek..nak tengok hasil cikgu ni..hehehe