Friday, November 24, 2006

apa nak buat lagi ekkk

minggu ni sakit semua badan aku... naper ntah... mentang2 da cuti... suh aku relaks dulu kot.... hati aku da teruja nak round kl.... window shopping hehehhe my feveret hobi masa cuti. tp dgn keadaan aku skang ni n cuaca skang ni terpaksa la memendamkan hasrat di hati.


sebagi nak ganti masa lapang apalagi cari ler laman web resepi... lam 2 hari ni pulun cari resepi segala masakan yg menggunkan mee. mak nyer pasal la. suh cari resepi masak apa2 mee so aku pun download ler macam2 resepi yg berkaitan dengan mee. dah siap download (copy paste jer sebenornyer) aku pun print bagi kat mak suh abah cari bahan...hehehe senangnyer keje aku. actually nak cari resepi wat dessert tp ntah tak der yg bkenan la plak.... nanti la nak attach mana2 laman web kat blog ni so senang nak cari apa2 menu yg sedap utk dimasak.


td surf web alaf21. cari berita terkini ttg novel baru. apalagi ni ler masa nak bjiwang karat...tak der sapa peduli....ni antara koleksi novel kesayangan aku...
kalo dikira2 beh 50 buah novel kesemuanyer range rega RM16-30...
yg side belakang tu sampai 2 tingkat aku susun novel tu yg belah dpn lum penuh lagi sebaris.... mostly terbitan alaf21 ada gak creative. ni aku yg bukan peminat fanatik pun dah sarat cam ni punya koleksi. kalo yang fanatik mau kena tempah 1 bilik khas wat simpan koleksi. mana tak nyer alaf21 setiap bukan kuarkan 2 novel skang ni da 3 plak lum terbitan karnaDya, nylea publishing, NBA, creative, NHF media etc....
ingat satu hari nanti nak wat library la... sapa nak baca kena charge cam 1 kedai buku kat CM tu.... dpd duit tu leh beli koleksi baru lagi....

ni ler hasil nyer

ni ler hasilnyer kek batik yg aku buat... cam tak clear lak pic nyer. tp resepi aku tak ikut langsung dpd apa yg aku upload before ni. yg ni resepi aku sendiri

resepinyer: (1 loaf tin jer)
1/2 butter
5 sudu makan coco powder
5 sudu makan susu pekat manis
3 sudu gula
1/2 cawan air
3 biji telur
2/3 peket biskut marie

resepi paling simple .... yg penting dah nak abis da kuih ni kena bedal..


Wednesday, November 22, 2006

resepi

ntah naper tetiba jari ni gatal je cari web resepi. then terjumpa lah resepi kek batik. hmmm lama dah aku tak wat kek batik sampai lupa bahan2 nyer. cari punya cari sampai jumpa byk version. laaa tak tau nak ikut yg mana satu coz tak tau yg mana satu paling sedap untuk dibuat n ditelan... ingat nak campur semua laaaa... tgk la kalo rajin petang ni buat..

kek batik1
Bahan :

1 butter apa-apa brand pun boleh.
2 packet biskut Marie jenis biasa
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko + 1 cawan milo + 1 sudu teh nescafe + 1 cawan air panas
1 cawan nestum

Cara :
1. Patahkan biskut kepada 2.
2. Buka tin kedua-dua jenis susu.
3. Panaskan kuali dan masukkan butter.
4. Kacau, biar butter cair tetapi bukan berminyak ye.
5. Masukkan campuran koko milo, susu pekat dan susu cair. Kacau rata. Masukkan nestum.
6. Bila mendidih, masukkan biskut. Kacau rata dan tutup api.
7. Masukkan dalam tin kek dan tekan dengan senduk biar rata.
8. Sejukkan. Simpan dalam fridge lagi elok.** dapat sebuah kek yang besar.


Kek batik 2
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
biskut marie yg telah dipatah dua
1 buku mentega
1 tin susu pekat
1 paket kecil milo
1 botol kecik serbuk koko
sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak
sedikit kismis

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali.
Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.
Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata.
Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.
Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.
Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.



Kek batik 2

Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 packet milo (packet yg plg kecil)
1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

kek batik4
Bahan-bahan ( untuk 3 loaf tin )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 suduteh serbuk kopi
1 cawan air panas
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat (bukan susu cair)
250g mentega
1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
1 1/2 cawan nestum

Cara-cara
Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar.
Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu.
Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

Monday, November 20, 2006

happy holiday...

cuti lagi!!!!!!!
apa nak buat eh cuti2 mesia ni..... jenjalan lum gaji lagi....
argghhhh bosannyer.......

Wednesday, November 15, 2006

tiada noktah cinta

tak pasal2 airmata aku meleleh baca novel ni. memula tu biasa jer jalan citer tp sampai part tengah tu sket2 air mata aku meleleh... citer pasal seorang wanita yang dipinggirkan ahlikeluarga kerana tidak mempercayai kata2 anak sendiri. beh percaya kata2 org luar n tak wat usul peksa. cam ner pun happy ending...part aku sedih masa pompuan tu dok susukan anak tiri dia sambil tingat kat arwah anak dia....

cam dah cuti jer aku ni leh senang2 baca novel. mana tak nyer..lega pala otak aku skang ni. selesai sudah majlis konvo my kids...sampai aku lupa nak snap pic utk upload kat sini. pas habis jer budak2 tu amek sijil terus rush buka jubah n siap2 utk persembahan tarian n nyanyian. ngam2 sampai atas terus turn tarian. masa aku bawa budak2 tu semua naik semua mata memandang.. mana tak nyer mengelip2 my kids nyer kostu. dgn labuci. semua yg ada kat situ bising. paling lawak my helper kata masa budak2 tu abis menari siap ada sorang cikgu lelaki tu kejar sampai kelas coz nak amek pic. dia kata geram tgk my kid pakai kostum tarian tu hehehhe tak sia2 aku menjahit labuci sampai kul 12malam.

paling aku geram ada sorang cikgu laki tu siap bgtau kat my kid ' pas dapat sijil kang jgn lupa lontar mortatboard tu' apa dia ingat ni konvo U ker? mampus aku nak cuci mende alah tu kang kalo masuk longkang... nasib baik ler budak2 tu wat bodoh jer..

Tuesday, November 14, 2006

;-)

pg tadi masa dok stapler surat nak bagi parents, ada la sorang my kids ni. aku gelar di Ratu Sengih. coz tu jer la yg dia tau kalo aku tanya apa2. so td masa aku dok hayal stapler kertas Ratu Sengih ni asyik dok telek muka aku n tetiba jer dia bersuara

kid:' cikgu... cikgu lawa la..'
me: 'apa?' (aku salah dengar ker sambil wat muka konpius)
kid: tgk lagi kat muka aku..'cikgu lawa la...'
me: 'hish.... cikgu memang sentiasa lawa.. baru ari ni awak nampak?'
kid: Sengih....

kebetulan my helper kata Ratu Sengih pantang kalo ada orang puji dia lawa. so thats mean dia nak aku puji dia lawa la tu kot. kalo kena puji mau sampai waktu balik nonstop tersengih...
memang kaki melaram budak ni. no wonder la makdia pun rambut kaler da cam bulu ayam. COLOURFUL

ni aku rasa kira ok a dpd last year tetiba jer ada 1 boy ni cakap kat aku..'..cikgu...romantik la..'
aku rasa masa aku baya dorang ni langsung aku tak tau apa tu perkataan romantik. bila aku tanya apa tu romantik , dia jawap 'ntah tak tau... dengar kat radio'.

generasi baru


alahai.. makin teruk perangai budak2 skang ni. since semalam wat raptai untuk Hari Kecemerlangan Sekolah + majlis Konvokesyen my kids. sakit tekak aku dibbuatnya. sampaikan terpaksa guna pembaris panjang. sampai patah jadinya pembaris tu.... puas ditegur tak sapai seminit wat lagi... puas marah siap ejek kita lagi. last2 pembaris aku yg patah...
pas raptai suh budak2 tu p beratur dgn helper aku tp sorang pun takder yang p beratur. ilang terus. so my helper pun cari ler dorang rupa2nyer p beli makanan kat kantin. kebetulan masa tu year 6 tengah rehat. lam masa cari2 tu my helper lak tersembam kat lantai kantin. lembam lutut. bengang tul aku ari ni. siap la sok kena basuh. hope helper aku leh jalan. takut jer tempurung lutut tu lari. dah la dia kata sakit pinggang. jangan la dapat budak cam this year nyer perangai. mau kitorang bedua sakit2 badan kang.
bila suh menyanyi .. ada ker dia p cubit kawan kat sebelah. yg ala2 nak tidur lain plak. sampai cikgu2 semua gelak dok tgk dorang. setakat cikgu2 sek jer tak per la. sok lagi ler ramai org tgk... kempen la Khamis n jumaat tak yah datang. byk keje aku lum siap lagi. dah la helper lutu dah lebam. td jalan pun da kedengkot. tu mak bapak tak tau. yg dorang tau marah cikgu konon anak dorang baik sangat. aku skang ni just sound direct jer kat parents yg banyak songel. takat ni alhamdulillah. mana yg da kena tu sopan sket bila berkata2. tau nak salahkan org jer. salah sendiri tak nampak. kalo parents da kuarang ajar no wonder la anak pun sama.

Sunday, November 12, 2006

pesal eh

penat aku menaip n letak pic tp hampeh my requst dia tak leh un done. naper ek pnat jer aku menaip

hujan oooo hujan






skang ni asal petang jer sure ujan pun turun tak kira la lebat ke renyai2 ke... air tetap turun dpd langit. and now aku pun jadi tak sihat coz kena ujan. peritnya tekak toksah cakap la tambah lagi selesema pun datang. aaaarrgghh seksanya nak bernafas dengan selesa. pg Rabu aku dgn perasaan ntah apa2 kena p meeting kat Bukit Merah lake Town Resort. kat pala dah agak sure boring mana taknyer pegi dgn grup GBsekali. so we all cikgu2 biasa2 ni tak leh nak wat perangai gila2 kitorang. so kena la kontrol perangai sket. paham2 jer la kalo GB ni biasanya org2 veteren so cara dorang offcourse ler beza dgn kita yg masih fresh ni yang sentiasa nak enjoy. so masa lam bas rasa cam boring coz masing2 tak tau nak wat lawak camner... dalam 32 passenger lam bas tu half of it adalah grup GB and the rest grup aku. masa turun makan pun nampak sangat klik nya. sampai BMLT lam kul 2 ptg. terus lunch baru checkin bw luggage masuk. hmmm lupa nak amek pic hotel yg aku duduk ni. masih baru n dilancarkan pada 18 Feb 2006. rate pun ok. bilik yg aku duduk weekdays RM130 weeknd RM150 with breakfast. campur lunch kira lain. bilik quit selesa. aku dok bedua tp ada Xtra 2 bed lagi n ada sofa lagi yg kira2nya leh masuk 5 people tido kat bilik tu. tp toilet quit sempit la. tang makan kat cafe... leh la tahan. aku suka puding dia yg ada macam2 rasa... n kek coklat.





pas makan lam kul 3 tak der agenda so reramai p taman tema jenjalan. memandangkan ari nak ujan so 1 place jer kitorang dapat pegi. that is Pulau Orang Utan.


ni pic orang utan yang berusi 2 years . ada 2 ekor tp dpt tangkap sekor jer. coz tak tau diam. kalo tak silap yg ni nama dia Malek. asyik nak bergelut jer dgn yg lag satu. tp bila trainer dia datang tiba2 jer dia peluk sesama dia macam takut2 jer. dgn org lain dia tak takut langsung.

tp sayang nyer we all tak dapat nak tgk yg lenlain coz masa sampai pulau tu ujan da lebat giler... saty samapi pulau tu nak tutup. balik saing dgn staf yang keje kat situ. sok nyer pas meeting pas lunch hour jenjalan p Penang. 1st time aku jejak Penang. borong jeruk sket... pas jalan2 on the way back singgah makan mi udang


Nyammmnyammm sedap sehingga licin mangkuk aku..

mana eh aku letak pic mi udang ni...


ni dia pic semangkuk mi udang. mana ntah tempat pegawai tu bawa sampai ceruk kg. yg aku ingat nama kedai tu Din Skot. tutup hari selasa buka sampai malam. cam tak puas lak makan. rasa kuah dia cam ala2 mi rebus jer. udang bukan main punyer besar. ada 3 ekor. penuih mangkuk sampai tak nampak mi. harga sepinggan tu RM8. tp pegawai yg bayar so selamat duit aku. hehehehe tingin nak pegi lagi tp tak ingat jalan plak. coz aku kenkadang tido.






Friday, November 03, 2006

story pas raye

pas raya my kid ada new quote kat lam kelas....'jangan lupa pakai lampin tau....' setiap kali suh wat keje mende tu gak yg disebut2 nyer. and my reply is...' buat keje tau...kalo tak ada yg kena makan dgn cikgu tau'... ingat kan makin senyap rupa2nyer makin kuat gelak plak...

yg best nyer this year byk lak aku dapat kuih raya.. leh kata tiap ari ada yg bawa bekas kuih raya untuk aku. sedap2 gak... cam nak promote je mak2 dorang ni....

ingatkan da makin kurang keje ujung tahun ni... tup2 byk lak ... tinggal 10 ari lagi my kids nak konvo. tak sabo lak nak tgk dorang naik stage. ni tgh pulun ajar wat persembahan. wat simple2 jer coz next week ada meeting plak kat bukit merah dok kat lake town resort... jeles jer cikgu lenlain dgr aku p meeting jauh2. actually aku tak mo p tp apakan daya nak menolak. apa ler kuasa aku. nyesal lak ari tu p PPD tak pasal pegawai tu pilih aku. padahal ikut planning asal aku tak terlibat langsung. puyer la happy waktu tu. dah la kena kuar modal byk lak nak tido kat hotel tu... dah la baru abis raya. duit pun tinggal seciput... gaji lambat lagi... waaaaaaaaaaaaaaargh