Thursday, June 18, 2009

jadikan teladan

pagi semalam aku diberitahu oleh ppm yg katanya ada sebuah prasekolah yg muridnya keracunan makanan. masuk dalam papaer lak tu. ni aku attach kan artikelnya.

15 murid dirawat keracunan makanan

MACHANG 16 Jun - Seramai 15 kanak-kanak prasekolah dikejarkan ke Hospital Machang (HM) oleh ibu bapa masing-masing selepas mengadu sakit perut, muntah dan cirit-birit sebaik pulang ke rumah.

Mereka yang berusia enam tahun itu dipercayai mengalami keracunan makanan selepas memakan nasi kerabu yang dihidangkan pada waktu rehat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Meleret, dekat ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Mohd. Ghazali Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu, lewat petang ini mereka dalam keadaan agak lemah masih dirawat.

''Hari ini semua murid memakan nasi kerabu yang dimasak oleh pembantu prasekolah terbabit dan ketika di sekolah mereka tidak mengalami masalah,'' katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima laporan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Machang dan siasatan akan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar.

Sementara itu, seorang ibu, Salmah Ibrahim, 36, memberitahu, anaknya, Mohd. Syafiq Zahari, 6, mengadu tidak sedap badan sebelum mengalami muntah teruk selepas pulang.

Menurutnya, anak kelimanya itu turut mengalami cirit-birit menyebabkannya terpaksa berulang ke tandas sebelum dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Machang kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

''Bagi murid prasekolah, mereka tidak keluar membeli makanan di kantin sebaliknya mereka disaji makanan khas yang dimasak oleh pihak sekolah,'' katanya ketika ditemui menemani anaknya di wad.

Tinjauan Utusan Malaysia di wad tersebut mendapati sebahagian besar kanak-kanak berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya akibat cirit-birit dan muntah.


sumber : utusan malaysia

sbg ppm dia terasa takut gak kalo2 perkara macam ni berlaku pada dia coz dialah org yg menyediakan makanan utk budak2. pada aku adakalanya bukan sebab bahan makanan sahaja yg menjadi sumber mengandungi racun tetapi peralatan yg digunakan ada juga memberi faktor terhadap keracunan makanan. yer la sudip, pinggan mangkuk yg digunakan tu dijamin bersih ker dpd kotoran/najis. kita meninggalkan kelas kita semalaman. macam kat my class leh katakan adakalanya cik CT mengadakan konsert bersama rakan2nya pada watu malam... sebab tu aku salu nasihatkan my ppm pastikan sudu2 pinggan mangku yg berkalih tempat sket or tletak kat luar dicuci semula sebelum digunakan. kita mana tau cik CT n the gang menari2 di atas pinggan or cawan...

'prevent better than cure'

2 kata org lain:

umi aimin said...

yang pastinya cikgu pra sorang ni suka buat menu western!!

:P

cHekGu r!N@ said...

skang ni x leh lagi coz semua suka nasi, nasi n nasi