Saturday, July 01, 2006

CINTA

Hmmm the word ’CINTA’, tetiba lak aku terpikir perkataan ni. Semalam masa nak hantar budak2 ni balik kat parents dorang sorang my kid (boy) bagi present kat besday girl.

Me: ‘hasbi bagi apa kat Nadia?’
Hasbi: ‘saya bagi dia pencil box, cikgu. Saya pun bagi dia saputangan’
Me: errrrrrr.... kat budak lain dia tak penah nak bagi lak bila wat besaday party.. siap balut hadiah tu cantik2 n masuk paper bag lagi.

Adeihhh......... my kids. Advanced nyer korang. Tetiba tingat my chilhood...

Apa tu cinta eh? Yuppp........ tarikan yang paling unggul di antara manusia. Ia boleh memberikan keseronokkan yang tidak terhingga pada diri manusia tp boleh gak menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.

Cinta leh dikategorikan kepada berikut:

Cinta suka
Persahabatan tanpa cintaatau komutmen jangka panjang
Cinta romantik
Pasangan kekasih saling tertarik dengan keadaan fizikal dan emoasi antara satu sama lain tetapi tanpa komitmen
Cinta jatuh berahi
Ghairah, cinta pandang pertama tanapa keintiman dan komitmen
Cinta kosong
Keputusan untuk mencintai tanpa keintiman atau nafsu ghairah
Cinta sempurna
Mengandungi 3 elemen iaitu keintiman, nafsu ghairah dan komitmen
Cinta bodoh
Melibatkan komitmen berdasarkan ghairah tetapi tiada keintiman untuk membentuk perhubungan
Cinta suci
Melibatkan komitmen jangka panjang seperti perkahwinan di mana nafsu ghairah telah luntur keintiman

Mana aku dapat istilah semua ni? Hmm ... masa zaman study dulu ler... amek paper Psikologi Remaja. Sejak keje jadi cikgu ni.... banyak mende2 yg aku belajar dulu dah lupa. Tang kanak2 jer aku ingat coz da memang keje pun dgn kanak-kanak.
Bile tingat pasal keletah my kids tu tetiba aku tingat member baik aku masa kecik2 dulu. Dia 2 tahun beh tua. Memang kamcing giler. Salu main sama2.Dah ler muka dia kiut tak tau ler da besar ni hensem ker tidak coz last aku juper dia masa standard 2 dia lak standard 4. bila masa main2 kalo aku gaduh dengan adik dia (girl) dia salu backing aku..hehehhe.. aku mmg tak leh ngam ngan adik dia. Tak tau naper. Kalo main kejap jer dah gaduh. Masa p sekolah (aku sesi petang) time nak beratur masuk kelas (kat kantin)kadang2 dia tunggu aku kat tepi kantin sampai aku masuk kelas (dia sesi pagi). Last citer aku dengar 5 yrs ago dia keje kat JB. Tak tau ler da kawen lum tp adik dia yg salu gaduh dengan aku tuh dah lama kawen pas abih sekolah.

Masa aku standard 5 aku suka kat sorang classsmate aku ni. Budak filipina coz muka dia kiut.....muka dia cepat merah kalo aku start gaduh dengan dia.. (aku ni kira tomboy gak dulu2). Tak baper suka pakai gaun walaupun mak aku suka belikan gaun or skirt. Kat uma salu pakai seluar pendek n tshirt kang kalo ada orang datang baru kelam kabut sarung skirt...(but now i’m feminin)

Ttapi tak dinafikan aku beh suka kawan dengan budak lelaki masa kecik2 dulu. Bagi aku kalo bkawan dengan budak pompuan ni leceh. Asyik nangis (padahal aku kuat nangis gak)... satu lagi kalo gaduh suka tarik rambut. Aku paling suka tendnag orang n gigit orang kalo gaduh masa kecik2 dulu. Favourite movie aku masa kecik2 segala citer yg berkaitan dgn kungfu, n movie kanak2 cam Gaban, Sharivan, Shider ...they all ni sepupu kalo tak silap aku tp kat mesia yg aku penah tgk Cuma siri Gaban jer. Aku tau dorang ni ada relationship coz lam salah satu episod citer Gaban or Sharivan ni dorang berdua bekerja sama bantai monster tu. Yg aku ingat Gaban ni kaler silver, sharivan ni kaler merah n shider ni kalo tak silap puh kostum dia. Kenderaan terbang dia pun beh kurang sama jer bentuk . satu lagi siri goggle 5 n satu lagi tak ingat tp hero dia pakai kostum kepala belalang n bawa motor.... apa lagi eh aku da lupa. Errrrrrrr movie tu semua aku tak tgk kat Mesia yer....

Kenkadang tuh rasanyer cam nak balik ke zaman dulu2 jer la... zaman kanak2 ler paling best. Tak yah nak pikir banyak mende. Main, makan, tido, kaco orang, cuba mende baru...... tak yah nak pikir kesan akibat buat. Buat selagi termampu. Paling2 pun kena marah n kena kejar dengan rotan. Kalo kat kg suka main kat tepi kolam n kocakkan air kolam ..dpd jernih sampai keladak aku kejekan. Pastu arwah tok datang kejar dengan dahan pokok coz kolam tu tempat dia mandi n amek air semayang. Da puas godak air kolam ajak abang sepupu p kebuh getah. Apalagi kutip biji getah , gesekkan kat simen pastu tenyeh kat tangan sesapa...panas giler.. dah bosan masuk balkik kebun main getah susu tu pulak. Tuang susu getah tu dpd bekas dia masuk lam plastik n main tenyeh2. tak pun masuk kan batu ker atau segala sampah sarap amsuk lam cawan yg tadah susu getah tu. Sebelum tok nenek nampak cabut dulu... pegi mandi ker pegi tido ker....
Kenangan.................

Beza dengan budak2 sekarang asyik dok ngadap PC tak pun video game....

2 kata org lain:

Love Sweet Recipes said...

nakal sungguh ko kecik-kecik ye rina...bila pulak ko akan mencari cinta?

cHekGu r!N@ said...

hehehhe aku now ni bz cari n baca novel cinta jek...