Friday, June 27, 2008

chiki & kids


pagi tadi ada perhimpunan. ingatkan budak2 ni x terlibat. then datang sorang cikgu kata budak2 pra terlibat sama. ingatkan ada pa. rupanya ada krew kfc with chiki & friends datang buat show sambil menyampaiakan hadiah pertandingan esei Bahasa Inggeris sempena Bulan Panitia Bahasa Inggeris.

budak2 off course la suka coz chiki & friends datang buat show kejap n ajak menari sama. budak2 pra paling untung coz siap bergambar lagi dgn chiki. bebudak lain nak salam pun payah tp dorang sampai 2 kali salam...perghh.. dari sesi penyampaian hadiah lagi dorang dah sibuk nak salam dgn chiki... sib baik GPK Koku mmg memahami...
bergambar bersama chiki & friends

tekun tgk show

2 org dijemput utk menari bersama chiki






Thursday, June 26, 2008

hari terbuka

hari ni hari Terbuka sekolah.... my kids pun join sama. so ramaila parents yang datang... for 21/2 hrs mulut aku x benti pot pet... so far ok la. x der la parents yg over melenting or mende2 yang seangkatan denganya. habis jer budak2 balik aku pun lepak kantin woth my helper... lapar + haus giler....

pas makan sembang2 la dgn cikgu2 yg ada. tetiba datang la sorang cikgu sesi petang masuk kantin sambil membebel '...x senonoh punya pompuan....' tu antara ayat yg kuar dpd mulut dia. aku pun tanya la apa kes... so dia jawap la'.. ada sorang parents ni pakai seluar pendek (yg macam amoi2 pakai) duduk dengan 1 kaki naik ke atas kerusi sambil menyusukan anak dia. dah la baju dia body fit. duduk la betul2 menghadap tangga.... sapa yg naik tangga belah situ arah ke kantin sure nampak punyer la... dah mcm gaya pela*** jer..' x pasal heboh kantin masa tu n masing2 bz nak tgk gaya that lady. padahal dah terpampang papan tanda kod etika berpakaian ketika masuk ke kawasan sekolah. kebetulan my helper keluar kejap jumpa husband dia kat pagar sekolah. rupa2nyer jaga sekolah x der kat pondok (maybe p anto surat ke opis kot x pun ke toilet)... kalo x mau x lepas tu nak masuk kawasan sekolah..

dah la ramai parents n budak masa tu.. ye la masa dah nak tengahari. masa paling ramai manusia coz pertukaran anatara sesi pagi n sesi petang. kalo dah parents berpakaian begitu no wonder la anak2 pun terikut sama. bila tgk muka ala2 melayu lak tu.. x tau la melayu kita or foreigner.. coz sekolah aku ramai dari seberang gak. my helper kata kalo org pompuan pun leh tengok 2 kali ...kalo lelaki ntah la baper dok toleh kepala tu...x pun berkurun lama dok tatap.

Sunday, June 22, 2008

doggy & EURO 2008

doggy is being console by my GPK

tu dia sempena demam bola EURO 2008... this doggy also eager to play football eh? tu pasal kaki depan dia leh tsangkut kat net tiang gol... dah 1 malam tersangkut. syian dgr suara dia melolong minta tolong. owner dia ntah sapa... my school area mmg byk anjing... x tau la ada tuan ke x.
pic ni aku snap from my playground. takut nak amek dpd jarak dekat. sampai je kelas pagi tu dgr anjing melolong. sedih jer bunyi so buka la tingkap dapur. eh eh ada la sekor anjing tsangkut kat net . abis koyak dah net tu.. so call opis suh bagitau GPK KOKO... sayang wooo net tu baru jer beli (kalo x silap aku).. dah koyak..

so my GPK Koko (Chinese LAdy) pun pujuk la anjing tu suh cool sambil tunggu budak amek gunting nak potong net. bila jer dah dapat terlepas... laju sungguh dia lari keluar kawasan sekolah. x tau la tobat ke x dia nak main football lagi kat padang sek aku tu. then x sampai 1/2 jam datang lak sekor doggy kaler kelabu (kawan dia kot) dok investigate kawasan kejadian (i told my helper... pegawai penyiasat dah sampai) dia dok hidu2 sekeliling kawasan tu...


sukan prasekolah

semalam tamatlah sukan prasekolah peringkat negeri Selangor di stadium MPS Selayang... Daerah Kuala Selangor johan keseluruhan... gombak johan perbarisan...lenlain aku x tau coz dah cabut balik... kepala dah mula rasa berat.... x pasal sepanjang malam migrain aku serang...langsung x leh nak gerak wat keje...

tp sayang nyer aku x bawa kamera so no pictures coz bz jadi pegawai as Gombak jadi tuan rumah this year.... berbanding dengan last year... this year ramai plak yang melalak kat trek before lari... n bila dah nak sampai kat garisan penamat... maybe stress kot budak2 ni x menang.... lum lagi langgar tali merah kat garisan penamat dah meleleh air mata. tu lum lagi kat starting point... sampai kena panggil cikgu2 suh memujuk....

Alhamdulilah cuaca dikira baik...x nampak tanda2 nak ujan tp bahang panas membuatkan badan cepat penat n lesu. agaknyer tu pasal emosi budak2 pun tganggu. tu la sementara nak tunggu turn lari dah puas panjat melompat kat tangga/tmpt duduk stadium so bila suh lari badan dah penat....

skang nak concentrae lak pada Hari Potensi... yang confirm nak bawa budak hafazan n bercerita je... lenlain x konpem lagi...

Wednesday, June 11, 2008

burung hantu

this week ajar tema burung.. so salah satu xtvt apa lagi wat burung hantu... sambil belajar bentuk..

warnakan dulu worksheet

sesi menggunting kertas

sapukan gam

menampal lak

it's done.....







seksi???!!!!

Hari ni my helper kena sakit mata coz tjangkit dpd bdk2… rasanyer ni dah kali ke 4 or ke 5 dia sakit mata. Tahun ni mata dia very sensitive wpun x dok dekat2 dgn budak.so hari ni dgn rugged nyer dia memakai sun glasses masa lam kelas… masa hantar budak balik sampai ada parents leh kata ‘eh cikgu…kena lagi?..kan ari tu baru kena saing anak saya…’ Kdg2 tu pelik gak la dgn parents ni. Dah tau anak tu sakit mata jgn ler suh dtg sek…x pasal jangkit ke org lain.
Aku lak tahun sensitive sket kalo budak kena selsema… kalo ada yg kena n dok dekat2 dgn aku sure sok nyer aku plak yg tbersin2. Cam hari ni asyik dok terbersin jer….

SEKSI! Tu ler perkataan thangat di kelas hari ni. Citer nyer bmula sejak semalam bila ada sorang girl ni bgtau kat aku kata kakak dia pakai baju seksi. Pastu aku Tanya betul ke kakak dia or dia yg pakai seksi. Dgn bsungguhnya dia kata kak dia yg pakai. So tetiba lak hari dia lak yg pakai. Itu pun sebab ada 5-6 boys yg sibuk bgtau masa lepas baca doa lepas makan (kalo x silap aku)

Boys : cikgu…aliah pakai baju seksi..cikgu
Me : dia kan pakai baju sek tu
Boys : iyer cikgu.. td kat kantin kan dia tunjuk (sambil wat aksi tarikh leher baju)
Me : awak pakai baju apa aliah?
Aliah : sambil tsengih tunjuk tali singlet dia yg halus bak spageti tu
Me : aliah… mana ada org tunjuk baju dalam kat org lain.. malu sikit. Pompuan dgn pompuan pun x leh tp aliah dah tunjuk kat budak laki2…
Aliah : just tersengih jer…..

Pergh… tu baru 6 tahun. Aku takut jer 10yrs akan dtg everything dia tunjuk kat org plak. Naya jer…

Wednesday, June 04, 2008

buy 1 free 1


ni my favourite since cuti2 mesia ni

cuti kali ni aku byk makan aiskrim... (seperti di atas). my niece la asyik dok promote. dia kata mamak kedai pesan lepas makan tgk kat btg aiskrim tu sbb ada tulis free aiskrim...

tu dia tulisan kat btg aiskrim

pas makan aku pun salu cek kot2 la dapat free aiskrim... bebaloi gak coz sepanjang minggu ni aku dapat 2 btg aiskrim free hehehe n my niece pun sama gak... lagi rajin ler dia p kedai... aku gak yg kopak...







Tuesday, June 03, 2008

hadiah hari guru

sampai ke hari ini (wpun tgh cuti sek) aku masih dapat hadiah sempena hari guru... rasanyer tahun ni la aku paling byk dapat hadiah hari guru... tp byk roses la plak.....

ni first time dapat hadiah mouse sempena hari guru

sebahagian roses yg aku dpt..

ari ni dapat kerongsang plak... frame pun aku dapat.....apa lagi eh... tahun ni x dapat mug la plak... kalo dapat mug leh gak pakai... oh yer dapat pasu bunga.... bagus la dah dapat bunga dapat pasu plak.