Friday, November 24, 2006

apa nak buat lagi ekkk

minggu ni sakit semua badan aku... naper ntah... mentang2 da cuti... suh aku relaks dulu kot.... hati aku da teruja nak round kl.... window shopping hehehhe my feveret hobi masa cuti. tp dgn keadaan aku skang ni n cuaca skang ni terpaksa la memendamkan hasrat di hati.


sebagi nak ganti masa lapang apalagi cari ler laman web resepi... lam 2 hari ni pulun cari resepi segala masakan yg menggunkan mee. mak nyer pasal la. suh cari resepi masak apa2 mee so aku pun download ler macam2 resepi yg berkaitan dengan mee. dah siap download (copy paste jer sebenornyer) aku pun print bagi kat mak suh abah cari bahan...hehehe senangnyer keje aku. actually nak cari resepi wat dessert tp ntah tak der yg bkenan la plak.... nanti la nak attach mana2 laman web kat blog ni so senang nak cari apa2 menu yg sedap utk dimasak.


td surf web alaf21. cari berita terkini ttg novel baru. apalagi ni ler masa nak bjiwang karat...tak der sapa peduli....ni antara koleksi novel kesayangan aku...
kalo dikira2 beh 50 buah novel kesemuanyer range rega RM16-30...
yg side belakang tu sampai 2 tingkat aku susun novel tu yg belah dpn lum penuh lagi sebaris.... mostly terbitan alaf21 ada gak creative. ni aku yg bukan peminat fanatik pun dah sarat cam ni punya koleksi. kalo yang fanatik mau kena tempah 1 bilik khas wat simpan koleksi. mana tak nyer alaf21 setiap bukan kuarkan 2 novel skang ni da 3 plak lum terbitan karnaDya, nylea publishing, NBA, creative, NHF media etc....
ingat satu hari nanti nak wat library la... sapa nak baca kena charge cam 1 kedai buku kat CM tu.... dpd duit tu leh beli koleksi baru lagi....

ni ler hasil nyer

ni ler hasilnyer kek batik yg aku buat... cam tak clear lak pic nyer. tp resepi aku tak ikut langsung dpd apa yg aku upload before ni. yg ni resepi aku sendiri

resepinyer: (1 loaf tin jer)
1/2 butter
5 sudu makan coco powder
5 sudu makan susu pekat manis
3 sudu gula
1/2 cawan air
3 biji telur
2/3 peket biskut marie

resepi paling simple .... yg penting dah nak abis da kuih ni kena bedal..


Wednesday, November 22, 2006

resepi

ntah naper tetiba jari ni gatal je cari web resepi. then terjumpa lah resepi kek batik. hmmm lama dah aku tak wat kek batik sampai lupa bahan2 nyer. cari punya cari sampai jumpa byk version. laaa tak tau nak ikut yg mana satu coz tak tau yg mana satu paling sedap untuk dibuat n ditelan... ingat nak campur semua laaaa... tgk la kalo rajin petang ni buat..

kek batik1
Bahan :

1 butter apa-apa brand pun boleh.
2 packet biskut Marie jenis biasa
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko + 1 cawan milo + 1 sudu teh nescafe + 1 cawan air panas
1 cawan nestum

Cara :
1. Patahkan biskut kepada 2.
2. Buka tin kedua-dua jenis susu.
3. Panaskan kuali dan masukkan butter.
4. Kacau, biar butter cair tetapi bukan berminyak ye.
5. Masukkan campuran koko milo, susu pekat dan susu cair. Kacau rata. Masukkan nestum.
6. Bila mendidih, masukkan biskut. Kacau rata dan tutup api.
7. Masukkan dalam tin kek dan tekan dengan senduk biar rata.
8. Sejukkan. Simpan dalam fridge lagi elok.** dapat sebuah kek yang besar.


Kek batik 2
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
biskut marie yg telah dipatah dua
1 buku mentega
1 tin susu pekat
1 paket kecil milo
1 botol kecik serbuk koko
sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak
sedikit kismis

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali.
Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.
Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata.
Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.
Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.
Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.



Kek batik 2

Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 packet milo (packet yg plg kecil)
1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

kek batik4
Bahan-bahan ( untuk 3 loaf tin )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 suduteh serbuk kopi
1 cawan air panas
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat (bukan susu cair)
250g mentega
1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
1 1/2 cawan nestum

Cara-cara
Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar.
Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu.
Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

Monday, November 20, 2006

happy holiday...

cuti lagi!!!!!!!
apa nak buat eh cuti2 mesia ni..... jenjalan lum gaji lagi....
argghhhh bosannyer.......

Wednesday, November 15, 2006

tiada noktah cinta

tak pasal2 airmata aku meleleh baca novel ni. memula tu biasa jer jalan citer tp sampai part tengah tu sket2 air mata aku meleleh... citer pasal seorang wanita yang dipinggirkan ahlikeluarga kerana tidak mempercayai kata2 anak sendiri. beh percaya kata2 org luar n tak wat usul peksa. cam ner pun happy ending...part aku sedih masa pompuan tu dok susukan anak tiri dia sambil tingat kat arwah anak dia....

cam dah cuti jer aku ni leh senang2 baca novel. mana tak nyer..lega pala otak aku skang ni. selesai sudah majlis konvo my kids...sampai aku lupa nak snap pic utk upload kat sini. pas habis jer budak2 tu amek sijil terus rush buka jubah n siap2 utk persembahan tarian n nyanyian. ngam2 sampai atas terus turn tarian. masa aku bawa budak2 tu semua naik semua mata memandang.. mana tak nyer mengelip2 my kids nyer kostu. dgn labuci. semua yg ada kat situ bising. paling lawak my helper kata masa budak2 tu abis menari siap ada sorang cikgu lelaki tu kejar sampai kelas coz nak amek pic. dia kata geram tgk my kid pakai kostum tarian tu hehehhe tak sia2 aku menjahit labuci sampai kul 12malam.

paling aku geram ada sorang cikgu laki tu siap bgtau kat my kid ' pas dapat sijil kang jgn lupa lontar mortatboard tu' apa dia ingat ni konvo U ker? mampus aku nak cuci mende alah tu kang kalo masuk longkang... nasib baik ler budak2 tu wat bodoh jer..